AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Monday

Free Theme to You!!

MESTI KORANG TAU DAH BLOG NI KAN? KORANG DAH TAU DIA PUNYA KICK KAN?

DAN INI ANTARA YANG AKU SANGGUP BUAT JUGA KALAU INI SYARAT UNTUK AKU DAPAT BENDA FREE TUH........TAU TAK!!!!
KENAPA? SEBAB AKU ADA BLOG WORDPRESS YANG AKU NAK ADJUST KASI CHANTEQ BAIK PUNYA~

INILAH DIA, BARANG BAIK YANG BAKAL MENGUBAH BLOG WORDPRESS AKU YANG MASIH KOSONG KEPADA YANG CANTIK DAN MENAWAN,,,KORANG KAN TAU,,,SAPA BLOG OH BLOG TU,,,
THEMENYA YANG CHANTEQ, MEMBUAT MATA-MATA BLOGGER SEDUNIA TAK BERKELIP,,TERMASUK MATA SEPET AKU~
Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku ternanti hadiah yang bakal aku terima? tapi layakkah aku?
Untuk mendapat sebuah theme yang aku impikan selama ini?
Ya!! Insyaaallah,,jika aku terpilih dari ramai yang menyertainya,,masing-masing ada impian...
korang nak??
aku nak jerk block korang dari menyertainya,,apakan daya,,aku ni budak baik,,
korang nak join masih sempat selagi ari ini buka 1 Januari 2008,,ya!! anda masih sempat,,,
korang serbu-serbanlah

blog-oh-blog

Cepat,,aku dah join,,korang bolehlah cuba nasib,,,aku doakan aku berjaya,,,korang tolong lah doakan aku berjaya,,,hehehe,,







Sunday

I'm done!!!!!

I'm done!!!
apa yang udah nyer? hahaha,,,
aku tak ingat bila aku diberi tugas mengedit iklan recaption pilihan raya itu,
tapi akhirnya siap juga kerja aku.
Aku diberi tugas untuk mengedit 4 buah iklan berdurasi seminit yang bahannya diambil dari bahan 30-45 minit.......aku begitu dilemma sekali ketika memilih shot ada yang hendak diambil supaya menepati citarasa SPR dan BOS aku itu.....

Dalam menyiapkan projek aku ini, pelbagai rintangan dan masalah yang timbul, antaranya mesin editing buat masalah, ada editor lain yang guna mesin editing, bahan rosak, karenah senior dan penyakit aku yang merimaskan sekali,,,,

Oleh kerana studio diopis aku terlalulah sibuk dan sering digunakan oleh para senior, maka Bos unit aku mengarahkan aku dan 3 orang lagi rakan seperjuangan ku mengedit projek pilihanraya ini di studio luar iaitu ZAFTRAD Services [aku tak tau betul ke tidak nama syarikat ini] yang berada di Subang. Lokasinya agak jauh dari tempat kerja ku yang berada di Petaling Jaya dan perjalanan ke Subang mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit.

Hampir tiap-tiap hari aku bersama kengkawan berusaha menyiapkan projek dan akhirnya setelah beberapa hari dan minggu akhirnya siap juga projek pilihanraya ini........
Wah!!!!! akhirnya aku dapat menarik nafas lega!! Buat seketika......

SEKETIKA!!!!
yup! kerana projek aku tu perlu melalui proses preview oleh BOS besar opis aku....kalau beliau berpuas hati, maka tidur nyenyaklah aku, tapi kalau ada kekurangan, maka aku akan kembali ke Subang untuk proses membaikpulih projek ku itu......

Sekiranya projek aku itu diluluskan, maka korang akan tengoklah sebuah iklan di televisyen berkaitan aktiviti pilihan raya dulu-dulu dari pilihan raya pertama sehingga yang kesebelas....
Terima kasih kepada En.Syeriff [tuan empunya studio] yang sudi menyediakan kemudahan editing kepada aku dan rakan-rakan] dan terima kasih kepada KAK Ila [junior editor di Zaftrad] yang sudi membantu] dan kepada Abg ERIC [profesional editor] yang sudi memberi tunjuk ajar.........

[bakal penerima anugerah editor paling berkaliber....insyaallah]
[yes!!! akhirnya siap! tengah "transfer" projek ke dalam dvd-aku menggunakan mesin editing satu screen sahaja]
[ini pula mesin editing yang mempunyai 2 screen dan lebih besar dan selesa digunakan]