AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Saturday

BLOG NI DAH NAK TUTUP~

DEEN DAH RASA MALAS NAK BERBLOG NI.........
SEMAKIN HARI DEEN MAKIN JEMU UNTUK BERBLOG DI BLOGSPOT NI....
OLEH ITU DEEN AMBIL KESEMPATAN NAK UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA KERANA SUDI DATANG DAN KOMEN DI BLOG NI SELAMA INI...
MUNGKIN SAMPAI DI SINI SAHAJA HUBUNGAN ANDA SEMUA DENGAN DEENNASOUR.BLOGPSOT NI.......
OLEH ITU, DEEN DAN ISYTIHARKAN YANG DEEN DAH BUKAK BLOG BARU!!!!!!!!!!
WAKAKAKAKA!!!!!
SILA TUKAR LINK2 ANDA YANG BERALAMAT DI DEENNASOUR.BLOGSPOT KEPADA http://deennasour.terbaek.com/
DENGAN KADAR SEGERA...
DAN SECARA TAK RASMINYA BLOG NI DAH NAK TUTUP..
SO SILALAH KE BLOG BARU DEEN YANG MENGGUNAKAN WORDPRESS YG LEBIH ADVANCE DARIPADA BLOGSPOT..
KLIK SINI!!!!!! untuk ke blog baru deennasour!!!!!

Monday

Menangkah aku bowling??

Aloo~
Minggu yang meletihkan sudah berlalu, walaupun agak letih, tapi seronok juga...hari-hari main bowling, tak permah deen buat..deen rasa dah banyak gak pusat bowling dah deen jejak, dari Summit Subang, ke Sunway Pyramid, ke Cineleisure Damansara, ke Mid Valley MEgamall,, dah banyak jenis lantai deen rasa dah...wee~

Dan hari pertandingan pun bermula, pada 27 Januari 2008, Kejohanan Bowling Antara Media Massa Selangor...... fuh sebanyak 35 kumpulan yang menyertai pertandingan ini, terdiri daripada Filem Negara, TV3, RTM, ASTRO, KARANGKRAF, dan banyak lagi media lain.
Rakan artis turut menyertai pertandingan ini seperti Khai AF1 yang mewakili ASTRO, Zainal Alam Khadir pengacara Wayang Kita Astro mewakili Tayangan Unggul......

Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang dan selain kategori berkumpulan, markah setiap pemain juga diambil untuk menentukan juara perseorangan...sebanyak 3 game telah dipertandingkan bagi menentukan pasukan media manakah yang hebat bermain bowling dan pasukan media manakah yang tahu kritik jerk pemain kebangsaan main bowling sedangkan mereka tak tau main bowling..haha


[dari kiri; Abg Din, Hakim, Kak Yanti, Yanie dan Ayie]

Deen berada dalam kumpulan ehem ehem satu...wee, terdiri daripada Abg Fazly, Hakim, Kak Yanti dan deennasour..... opis kitorang telah menghantar dua team dan team satu lagi diwakili oleh Abg Din, Abg Azmi, Charles dan Ayie..simpanan pula Yanie~
Lalu bermulalah pertandingan tersebut..... deen main amatlah teruk sekali,
stamina dah kurang, tambah lagi penat, dan tangan memang tak ada ummp lah, teruk sangat lah deen main ari tu...tapi teruk pun, sampai gak seratus satu game..hehe..


[ini dia tonggak harapan Malaysia satu hari nanti, deen muda lagi, sebelah deen, Abg Fazly]

Keputusannya, deen dapat 129 jatuhan pin untuk game pertama..
game kedua pula deen cuba lebih fokus dan cuba sedaya upaya melakukan lebih banyak strike atau kurang-kurang pun spare... dan keputusannya, deen dapat 139 jatuhan pin untuk game yang kedua.....dan last game, adeh, memang lebih baik setelah mendapat sedikit sentuhan tenaga daripada 100 plus, hehe,,minuman itu sedap dong!!
deen dapat 147 jatuhan pin untuk game yang terakhir..dan kesemuanya deen memperolehi kira-kira 415 jatuhan pin...


[tengok-tengok!!! anak sapa lah yang nak baling bola tu..isy isy isy, macam pro lah~ wee~]

Keputusan penuh, kumpulan deen telah mendapat tempat ke-10 daripada 35 kumpulan, oklah tu kan..tepuk tangan!!!!!!!
dan acara individu.....ehem ehem, deen dapat tempat ke-58 daripada 97 orang pemain, oklah tu kan..tepuk lagi...wee~

Owh ya, masa hari pertandingan tu, wah, deen gembira jugak walaupun kalah, sebab tak sangka, kawan deen dalam friendster datang untuk memberi sokongan kepada deen, wah,,terharu eh..
Saudara Izwan sudi datang..hehe..dia tinggal dekat dengan deen, kelana jaya tapi kenal daripada friendster, berguna betul friendster kan?
Thanks juga kepada kawan-kawan yang bagi sms kat hp deen atau pun kat blog ni atau kat friendster, so..thanks~


[saudara Izwan yang sudi datang, thanks eh, ambik gambar sorok2, dia tak nak diambik gambar]

p/s : Projek dan plan deen akan datang ialah
1~ majlis makan malam pada 4 februari 2008 sempena Hari Meraikan Media Selangor
2~ seingat deen, 4 februari ni adalah hari deen di................................. haha apa ya???
3~ 7 februari 2008, deen akan tengok Dunia Baru The Movie...insyaallah. sapa2 nak ikut bleh ah join, selalu tgk wayang kol 7 ptg, hari khamis tau.....tiket bayar sendiri.hehe

Friday

Cuci jangan tak CUCI!!!

Perhatian pengguna CELCOM, anda mesti tengok filem ni cepat!! Sebab ada hadiah HOT tengah tunggu anda dalam panggung tu..!!!!!! Nak tahu, pergi le panggung sekarang!!! Anda akan dapat sesuatu yang percuma dan istimewa..deen tak dapat sebab pengguna Digi dan Maxis :(

Seperti yang dijanjikan, pada 24 Januari 2008 deen akan menyerang Mid Valley untuk menonton filem pertama arahan Hans Isaac bertajuk CUCI... dan tidak seperti yang dirancang, ramai rakan-rakan ada plan lain, cet! Kalau tak, aku ingat dalam 5-6 orang yang join, Shadowx19 pun tak dapat lagi nak join kerna ada kelas yang tamat pukul 6.30 petang sedangkan tayangan pada pukul 6.45 petang...
Senarai yang pergi bersama menjayakan plan deennasour ni ialah Suriya, Ayu dan deennasour...
huh, bosan nyer~
Deen gerak dari tempat kerje sebaik sahaja waktu kerje tamat, naik lrt sampai bangsar sorang-sorang kira-kira pukul 5.30 petang. Dan ketika itu, begitu ramailah orang kat stesen lrt bangsar..deen mati-mati ingat deen berada dalam kesesakan orang Malaysia..tapi tiba-tiba adalah sorang mamat ni, bahasa macam indon, tanya kat mana nak tunggu bas Rapid KL, dan hampir 2/3 orang kat sebelah menyebelah deen tolong jawabkan, isy2..yang jawab tu pun indon juga, mati-mati deen ingatkan orang Malaysia..alamak.rasa di Jakarta plak, deen cubalah jenguk sikit flat kereta yang lalu lalang mana tau tiba2 bleh tersesat ke indon...hehe..



[dari kiri, suriya, deennasour dan ayu, yang pemalu]


OK, deen sampai ke Mid Valley kira-kira pukul 6.15 petang, menaiki bas shuttle free, memang free lah bas tu, tapi kene tunggu 30 minit sekali lah~ lama seh...deen nak tunggu teksi, panjang plak barisan orang yang menunggu [tapi deen tak tau lah tu orang kita atau orang seberang hehe] Dan sampai jerk bertemu lah deen dengan Suriya dan Ayu yang kedua-duanya bersaiz xl dan apabila kami bertiga berjalan seiringa nampak lah seperti dua ekor gajah berjalan bersama seekor pelanduk..[jgn marah Su.. :D]

Review Cuci!!!
filem ini tak lah mengisahkan kehidupan sekumpulan pencuci atau cleaner menjalani kehidupan seharian..tapi lebih kepada impian sekumpulan pencuci untuk membuktikan kerjaya meraka bukanlah boleh dipandang enteng..ceewah~
Korang tak perlu duduk dengan bosan menunggu babak-babak panjat memanjat kerana kira-kira 15 minit filem ini bermula, dah mula aksi panjat memanjat yang begitu menggayatkan dan mensuspenkan...

Plot dan jalan cerita tak lah memeningkan kepala dengan intro zaman kanak-kanak sedikit mencuit hati dan kemudian sedikit pertelagahan yang sememangnya membuatkan perut anda terasa nak pecah diikuti dengan babak-babak mencuci yang membuatkan anda teringin nak jadi tukang cuci.....serta babak-babak semasa hero-hero filem ini menjalani latihan memanjat yang membuatkan anda rasa begiru suspen walaupun hanya menonton, pandai le kameraman dia ambik angel yang gayat-gayat tu....dan konflik movie ni, haha,, sememangnya membuatkan degup jantung anda terhenti...dup dap dup dap tuuuuuuuuuuuut~
Tak nak cakap apa konflik tu, so tengok-tengok sendiri.....

Apa yang deen suka-suki apabila menonton filem ini adalah skrip nya, mesti korang perasankan, deen ni asyik2 skrip, asyik2 skrip [sebab cita2 jadi penulis skrip].....
Tidak seperti Anak Halal dengan sumpah menyumpah nya, tidak seperti Kala Malam Bulan Mengambang dengan skrip lawak slumbernya tetapi skrip cerita ini digoreng dengan kiasan peribahasa dan perumpamaan nan indah, serta mutiara kata yang mendalam.....
deen dapat tangkap beberapa

potong skrip antaranya,
"its not about the equipment, its all about the people" suka sangat yang ini.

dan skrip perumpamaan seperti,
"hidup ini umpama udang di tengah lautan, merangkak-merangkak di dasar lautan, memakan sisa-sisa orang....bla bla bla..." ala-ala gitu lah bunyinya.....
Tetapi skrip nya tak lah sepower filem Cinta arahan Khabir Bakthiar...tapi deen memang bangga dengan skrip filem ini,,korang pasang-pasangkan telinga yerp!!

Selain daripada pelakon-pelakon seperti Hans,Awie,Afdlin,Ac Mizal, Erra, Umie, Dato Rahim Razali, turut menjadi pelakon undangan ialah Que Haidhar yang tiba-tiba termasuk dalam satu babak yang memang membuatkan seluruh panggung riuh rendah dengan hilai tawa, begitu juga dengan kehadiran Ako Mustafa yang melakonkan watak ehem ehem...nak tau, pergi tengok..hehe....

Kesimpulannya, pergi lah tengok, deen kasi filem ni 4 bintang.... berjaya menewaskan Kala Malam Bulan Mengambang...hehe, tapi ini pendapat deen, deen bukanlah seorang yang profesional tapi hanya persperktif dari kaca mata amatur.... owh ya...
deen cukup2 berterima kasih kepada Syia dan Hamid kerana TAG deen kat blog diorang..tak sangkat Syia minat baca blog deen yang panjang lebar ni. thanks Syia dan Hamid, selamat datang ke dunia blogging.... kalau tak silap dulu Ainul pun ada TAG deen, thanks.. Korang yang belum pergi meziarahi blog mereka bertiga, silalah..
Syia~ nak tau macammana hidup seorang remaja perempuan? yang ini ekslusif..skodeng blog ni!
ainul~ilmu,iman dan amal perlu disamaratakan, tapi bagaimana? pergi ke blog ainul!
hamdi~nak lepak-lepak pasal isu semasa yang ringan2? jom jenguk hamid!

Dan deen nak war-warkan, sapa yang rindukan kisah zaman persekolahan dulu2?
Dan nak tahu cita-cita seorang pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah?
korang boleh lah usha-usha blog Razie::unique and different http://www.uniqueanddifferent.blogspot.com/

[tak ramai orang lah hari tu, tak tahu kenapa, sedangkan hari gaji kuar bagi kakitangan awam]

Sunday

sabtwoday~

Erm, dalam entri lepas,deen ada kata yang bos deen mintak letakkan latar kata dalam trailer deen kan?so pada hari jumaat tu, deen pergi lagi Zaftrad, studio editing, subang untuk memasukkan latar kata tu,awal pergi sama dengan kak Su [officemate deen] yang juga diarahkan dengan arahan yang sama dengan deen.

Deen pergi pukul 9 pagi dan buat-buat semua mesti disiapkan hari tu juga sbb bos besar merangkap ketua pengarah opis deen nak tengok hari sabtu 19 januari 2008,so deen berusaha habis-habisan menyiapkan trailer tu sampai pukul 10.45 malam...adeh.....pukul 11.00 malam balik sampai opis kat petaling jaya pukul 11.15 mlm,

Aduh, balik dari opis, kene naik LRT, dah naik LRT kene naik BAS, lepas turun bas kene jalan kaki kira-kira200 meter..dapat tak bayangkan betapa penatnya????tahap cipanzi dah penat nya...Sampai umah, deen mandi lepas two,three lah, deen pun tdooo sebab pukul 10 pagi esok nak pergi lagi opis sebab bos besar nak tengok...

"dum dum dum, deen...deen...hoi!!!"tiba-tiba dalam mimpi deen terdengar pula suara orang panggil deen sambil mengetuk pintu,Oleh kerana tahap ketukan itu agak kuat, deen tersedar, tengok jam pukul 11.30 pagi....
"Hah, 11 pagi???? tidak!!!"deen tak sedar pula, pukul 11 pagi, hancuss!!!!
Zulkhidir [officemate deen] rupa2 nya ketuk pintu, mintak dvd trailer deen, dalam dvd tu juga ada trailer kak ina dan kak su, hampeh, camner deen boleh tak sedar,Zul sampai datang umah nak dvd tu...Aduh...dalam kepala hotak deen,"nampaknya masuk bilik bos besar lah deen isnin ni, hancusss!!!"

Lepas jer bagi zul dvd tu, zul terus memecut ke opis laksana arnab yang memecut laju tika ditinggalkan kura-kura dalam cerita dongeng Arnab VS Kura-Kura...wakakaka Deen pula terus memecut laju laksana Watson Nyambek raja pecut Malaysia satu ketika dulu, [mana lah dia sekarang ek?] Kira-kira pukul 12 tengah hari, deen berjaya sampai ke opis, Yosh!!!Tapi hati dalam gundah gulana lah~ mana tak nya, bos nak tgk pulul 10, sekarang pukul 12 tgh hari,memang janji melayu betullah deen ni,..

Deen sampai terus menuju ke unit deen iaitu unit suntingan, tengok2 bilik deen terbuka, aik? pencuri ke? deen dengan langkah yang penuh berhati-hati dan bersedia dengan alat-alat seperti parang, cangkul, gunting,pisau lipat dan jarum [acah jerk] menuju ke bilik deen,risau juga, sbb dalam bilik deen ada mesin untuk edit filem bernilai setengah juta....

HA!!!! pencuri!! [bayangkan rupa inspektor Shahab dalam mana2 filem hindustan lagaknya..tipu jerk] Rupa-rupanya Kak Ina laaa kat dalam tengah edit filem dokumentari, sambil Kak Su tengah buka internet...
"Ada bagusnya budak ni lambat, dapat tidoo puas-puas.." kata kak Ina..
"kenapa plak?" tanya deen...
"Belum preview lagi, diorang tengah meeting" jawab Kak Su..
"owh ye ke" deen mengeluarkan senyuman paling lebar di dunia
Yepeee,, selamat seh, nasib baik bos masih meeting, perasaan waktu tu Tuhan saja yang tahu bagaikan menjuarai acara lari dalam guni di sukan olimpik rasanya...seronok sangat-sangat..

Hehe, so moral cerita,
1. jangan kerja terlalu kuat sampai tak larat nak bangun...
2. jangan lupa set jam loceng
3. lain kali suruh kawan datang awal kalau nak ambik dvd, cth, 2 jam sebelum waktu priview kerana boleh juga kejutkan anda..
4. fikirkan seribu alasan jika anda terlambat, kalau bernasib baik mcm deen, alhamdulillah...
5. jangan hisap rokok [ada kaitan ker? wakaka] deen tak hisap tau..

abis jerk bos preview deen punya trailer kira2 kol 6 ptg,,deen terus lari ke stesen lrt dan naik bas utk ke umah,sbb dah janji dgn kwn tgk orkestra kat klcc kol 8 mlm,,adey,,sempat ke?deen kemas2 siap2,,jam pukol 7 lalu,,adey,,
alhamdulillah,,akhirnya sampai gak kat klcc... kira2 kol 8,,jumpa MUNETZ yang ajak deen pergi tgk persembahan orkestra di Petronas Philharmonic Hall[camtu lah bunyi tempat dia]antara top 5 dewan muzik terbaik di dunia,,tak caye tanya MUNETZ..wakaka,,

Erm,,fisrt time deen nengok ni,sbb tiket masuk mencecah ratusan gak,tapi sbb deen pergi atas nama uitm,,so murah le,,,wakaka,,thanks to munetz,walaupun penat, deen pergi jugak,,sbb bukan salu dpt jumpa munetz,,munetz ni antara orang kuat kat uitm shah alam utk kursus muzik ni, dia ambik violin dan dah gred 7 pon,,hebat lah tu,,nanti bila dia dah abis blaja,,deen mintak dia mainkan lagu mohabbatein,,wakaka,,sedapkan lagu tu?hari sabtu tu, deen balik dekat2 kol 12 tgh mlm,,terus tidooo pakai baju batik yang deen pakai pergi tgk orkestra mlm tu sbb baju mesti formal,,,deen dah tak bermaya terus tdooo,,hari2 yg paling letih,,seh,,


[letih tahap cipan..sekadar gambar hiasan, sbb mlm tu deen tdo dgn baju batik,wakaka]


[nilah saudara munetz tu.......yang sudi ajak deen pergi tengok orkestra yang berprestij ni, first time guna baju batik..haha]

p/s : kalau korang nak tau lagi pasal baju2 ni,cthnya kain songket.. haha,,apa kata korang pergi plak melawati blog sorang budak hensem ni [dia kata dia hensem] jangan marah aidil.....

deen @ Chiang Mai

"erm, oklah deen try, nasi goreng Chiang Mai,"

kata deen masa Kak Ina [officemate deen] offer deen rasa nasi goreng Chiang Mai...
Korang janganlah ingat deen berada kat Thailand plak,
Alkisahnya.....

Pada hari Khamis bersamaan dengan 17 Januari 2008, bos deen panggil, dia suruh masukkan latar kata @ suara latar dalam trailer pilihan raya deen tempoh hari.. korang ingat tak?
kan deen ada post satu entri bertajuk Im Done? Trailer tu rupa-rupanya nak di masukkan lagi latar kata, so deen kene bergegas ke Subang pada hari itu juga...deen pergi dengan Kak Ina dan En.Wong [penerbit] pada pukul 10 pagi untuk menyiapkan trailer itu.....

Kira-kira pukul 12 camtu, proses penambahan dan pembaikpulihan trailer itu dihentikan atas sebab kekurangan bahan....adey, masalah! Dan waktu tengahhari, automatik perut akan berbunyi krek krok krek krok mintak di isi...lalu, deen, Kak Ina, En.Wong, dan rasanya semua kakitangan studio editing kat Subang tu keluar makan termasuklah bos studio iaitu En.Syerif....

Kitorang pergilah ke sebuah restoran yang diberi nama Restoran Jasbani yang menyediakan masakan Tom Yam dan kira specialist masakan Siam lah...
Dan masa tu, deen ingat nak order makanan kegemaran deen iaitu Nasi Ayam atau Nasi Goreng Ayam, tapi Kak Ina offer deen rasa Nasi Goreng Chiang Mai, so deen pun order lah....
Ting ting,,dalam kira-kira 10-15 minit, sampai lah makanan yang di order tadi,
jeng jeng jeng....

[bila dah makan sesuap, baru ingat nak ambik gambar hehehee, jangan marah ha]
Ok, nasi goreng ini, seperti dalam gambar berwarna kuning, janganlah tanya deen macammana nak buat nasi tu warna kuning, sebab deen tak pandai masak, kat umah ada 6 orang kakak, hehe... mungkin campur kunyit, tak pun campur kuning telur atau perencah kari maggi atau masukkan pewarna...hahaa...
Bersama-sama sepinggan nasi di letakkan telur goreng yang digoreng hancur dan ada kuah plak rasanya macam sos cair, sedap gak....desebelah telur goreng hancussss tu, ada sambal yang dibuat dari buah asam, [tau tak buah asam?] yang dipotong halus, rasanya masam, tapi ok juga...
di sebelah sambal buah asam, disediakan pula udang goreng yang dikopek dah kulitnya dan digoreng bersama tepung, wah, rangup seh.....
Dan bagi menambahkan rasa, disertakan juga sos cili thai yang manis pada mangkuk kecil...
So, Nasi Goreng Chiang Mai ni semua rasa ada, manis[sos cili thai] masin [telor hancuss] masam [sambal buah asam] dan rasa rangup enak udang gorengnya..... Rasa pahit tak ada lah, tapi kalau nak, boleh suruh tukang masak goreng nasi sampai hangus, hahaha...
Sapa-sapa nak try boleh pergi ke Restoran Jasbina di Subang 2 yerp,
sapa-sapa yang terbaca ni, dan tengah mengidam, deen tak nak tanggung ek, hehehe....
alhamdulillah kenyang perut...semua kos makan dan minum di sponser oleh bos studio editing Zaftrad Services iaitu En.Syeriff..thanks..
[deen ambil gambar dengan kamera handphone N70 kepunyaan Kak Ina]
p/s : ingat, filem Cuci akan keluar pada 24 Januari 2008 ni, deen pergi tengok tayangan pukul 7 ptg insyaallah, ada yang nak ikut? tapi duit sendiri, wakakaka


Tuesday

Perempuan Zaman Sekarang

Puteri Adam;Hawa Menangis

Rosak akhlakmu,
Puteri duniawi adam,
Hawa menangis,
Tingkahlakumu liar,
Kemahuanmu,
Manjamu,
Kemajuanmu,
Itu harta familiamu,
Jangan pernah lupa..
Iblis di sana,
Hanya tertawa,
1001 keinginanmu,
Itu nafsu azali,
Anak Hawa..
Dorongan nafsu,
Bukan Petunjukmu,
Kepercayaanmu,
Bukan Iblis Durjana,
Hasutannya,
Menyesalkanmu,
Hartamu,Bukan milikmu,
FAMILIAmu,
Harta dunia..Akhirnya dimana?
Zat yang tidak kekal..
Insaflah puteri adam,
Hawa; ibumu menangis..
Tingkahmu,Lakumu,
Ubahlah segera…Itu ibumu mahu…

Salam ya sahabat!!
Sudah sekian lama tak update post.. yeke?
terima kasih buat teman-teman yang sudi mengomen pada entri yang lalu.....
ni deen nak kongsikan sebuah sajak yang deen rasa sungguh sedap sekali, tika deen baca sajak ni, terlintas di kepala ni, berapa tinggi darjat kaum hawa masa kini?

Kaum hawa hari ini terutama remaja begitu murah harga dirinya, membiarkan mahkota mereka dinodai begitu sahaja, makan sajak ini, telah membuatkan minda kita sedikit mencerna permasalahan ini, ya, bacalah dan renungilah....

Sajak ini begitu mudah difahami, menggunakan bahasa yang ringkas dan telus tiada tersirat melainkan tersurat belaka, tidak pula memeningkan kepala dengan bunga-bunga bahasa, atau personifikasi, metafora mahupun hiperbola, dengan konsep "straight forward"...ayuh selami hati penulis sajak ini iaitu saudara ELLIV............

Deen cuma merungkai sajak ini sikit memandangkan deen pun bukanlah pro dalam penulisan kreatif, tetapi tahulah jugakan...temanya mudah, iaitu nasihat seorang sahabat kepada sahabatnya yang merupakan seorang perempuan......... dan persoalan yang ditimbulkan juga mudah difahami dan diselami iaitu perempuan yang terlalu taksub akan dunia, materialistik, dan terlalu mengikut telunjuk hawa nafsu....

Bahasanya mudah tanpa menggunakan perlambangan seperti "jiwamu rakus merempuh kebendaan dunia" tetapi hanya menggunakan bahasa mudah seperti baris ke 13 dan 14 iaitu "1001 keinginanmu,
Itu nafsu azali,
Anak Hawa.."
itulah yang menarik perhatian deen untuk membacanya dan berkongsi dengan mmber-member sekalian..huhu, semoga kita dapat memahami mesej sajak ini.......daaaa~
[saje letak gambar ni sekadar hiasan-wawa,dak praktikal kat opis din, masa kitorang jln2 kat terengganu dulu]

p/s deen ada berkenalan dengan seorang blogger yang kebanyakan artikalnya berkaitan INDIE dan independent, so sesiapa yang berminat, sila lawati blog Fazly, iaitu bloodybasket.blogspot.com

Saturday

Kala Malam Bulan Mengambang~

DUIT!!!!! itu perkataan pertama deen pk masa nak tonton filem ni. Almaklum pertengahan bulan ni akan berlaku gerhana matahari, dimana cahaya-cahaya rezeki akan berkurang dan akhirnya gelap gelita poket dari kilauan duit kertas seperti not RM50, yang ada hanyalah rentak lagu cing cing duit syiling..ceewah,intro yang baik!! hehe...
Nah, ada duit looo...so meh meh serang mid valley!!!


[golden screen cinema mid valley mega mall~]

Memang projek last minute, pukul 4.45 pm camtu lah baru terpk nak tengok wayang lepas balas komen cik mimi di post anak halal yang makin hangat..uh uh..erm, tak tau nak ajak sapa, sebab member kebanyakkannya semuanya tengah pokai....dan akhirnya terpk nak ajak member blogger shadowx19 a.k.a acul , akan tetapi ada masalah transport plak bro tu, tak apa, lalu aku bawak lah Zul.....dan yes!! adalah member yang join aku tgk wayang..syoklah gak,,tak lah sorang-sorang...
[deen dan zoul tgh bosan gile sambil makan ais-krim]

Kitorang sampai kat mid valley pukul 6 aik bas free dari lrt bangsar pas tunggu2 teksi tak sampai2.. sampaije kat mid valley terus naik ke gsc beli tiket takut habis sbb ari ni jumaat adalah hari yang kedua, so movie ni still fresh lagi... maka berlakulah peristiwa lari-lari anak nak cepat sampai... dalam keghairahan untuk mendapatkan tiket, sampai je kat gsc, ek eleh,,,,,lengang beb, tak ramai orang, buat penat je nak laju-laju sampai kan...cet...

[tengoklah. betapa lengang nyer, korang bleh baring-baring lagi kat situ]

Tiket berharga RM10 termasuk duti hiburan sekali campur daa.... deen pilih tempat duduk 2 dari belakang, tak lah sakit tengkuk nak mendongak macam tengok cerita Enchanted tempoh hari dengan suriya....tempat duduk no.12 & 13 dan tayangan pukul 7.oo pm......

Tepat pukul 7.00 petang,,,maka bermulalah kisah Kala Malam Bulan Mengambang sebuah filem eksperimentasi Mamat Khalid yang berkonsepkan Komedi Seram hitam putih yang dibintangi oleh Rosyam Noor, Umie Aida, Farid Kamil dan deennasour sebagai penonton daaaa.....hehehe.. dan inilah review deennasour secara tak berapa detail dan semestinya tak pro.....sekadar lontaran perasaan dan idea kreatif penonton amatur yosh! Mamat dan konco-konconya jangan lah ambik hati~


Filem ini mengisahkan seorang bekas wartawan[rosyam noor] yang pergi menyiasat satu kes kehilangan pemuda-pemuda di sebuah pekan.......maka bermacam-macamlah peristiwa yang belaku, baik seram, komedi, romantis, epik, triller, fantasi, aksi, patriotik dan bermacam-macam lagi, pendek kata, semua genre di adunkan ke dalam filem ini...amcam hebat tak korang rasa filem ni?

Jalan cerita dan plot serta olahan filem ini, erm erm, agak perlahan sehingga membuatkan filem yang berdurasi hampir 2 jam ini dirasakan seperti 4 jam sama seperti filem hindustan... tapi yang bestnya, filem ini membuatkan anda tertipu dan deen juga dah terkena, tipah tertipu bang!! Mana tidak nya filem yang pada mulanya menyelongkar kisah kehilangan yang kononnya berpunca daripada jembalang tetapi kemudian Rosyam Noor berjaya mendapat jawapan kehilangan itu selepas menangkapan ahli kumpulan komunis yang telah menculik pemuda-pemuda yang hilang itu. Dan selepas penangkapan komunis tu, kesemua persoalan pada awal cerita telah terjawab dan Rosyam Noor dan penduduk pekan itu berpesta seakan-akan filem ini sudah mencapai peringkat peleraian iaitu dah nak abis.. dan dalam hati deen, "laaa,, ingatkan cerita hantu, tapi cerita komunis pula...cis"

Tetapi, tiba-tiba dalam kekecewaan deen itu, Rosyam Noor tiba-tiba hairan, kerana ada lagi pemuda yang tak dijumpai, kerana yang dijumpai tak semua, dan bermulalah sound effect seram memenuhi panggung..jeng jeng jeng... Deen yang tadi kecewa sebab cerita ni pasal komunis kembali bersemangat nak tengok..hehe..tipah tertipu rupanya..pandai mamat khalid mengelirukan penonton dengan mengalihkan fokus kita dan barulah bermula penyiasatan Rosyam Noor yang lebih mencabar dan kelakar....

Dan bermulalah konflik kedua filem ini yang membuatkan kepala otak kita ligat brfikir siapa yang menculik pemuda pekan itu... dan dan dan..akhirnya Rosyam Noor berjaya mendapat petunjuk kehilangan pemuda itu dan tidak semena-mena satu babak yang memecahkan kepala otak deen dan memecahkan perut deen berlaku pada klimak kedua filem ini....hahaha... korang boleh bayangkan bagaimana kalau filem Waris Jari Hantu dan filem Jangan Pandang Belakang dicampurkan..begitulah babak ini..hahahaha..lawak giler!!! Deen tak nak bagitau ending cerita ni..sebab tak suprise lah nanti kan, nak tau tengok sendiri....

Tulah serba sedikit ceritanya..pening tak? Dalam filem hitam putih ni, korang boleh jumpa berbagai-bagai filem lain didalamnya, samaada sengaja dicedok atau secara tidak sengaja mempunyai persamaan tetapi persamaan itulah yang membuatkan anda tersenyum apabila menonton filem ini..hahaha..seronok tak bunyinya? Antara filem yang tersangkut kat Kala Malam Bulan Mengambang ini adalah seperti filem James Bond, American Airwolf, Romeo and Juliet....itu untuk filem omputih. kalau filem melayu pula Laila Majnun[filem lama da] Jangan Pandang Belakang, Waris Jari Hantu, Pontianak Harum Sundal Malam, Zombie Kampung Pisang, dan tak lupa juga cerita yang Allahyarham Hani Mohsin tu..apa nama dia Jimi Asmara ke apa..ha...korang boleh lah berimaginasi bagaimana rupa filem ini....syok atau tak... yang pasti, apabila mula saja cerita ini, wah!!!!! deen rasakan berada pada era sebelum merdeka, mana tak nya, filem tak ada warna, hitam putih....

Skrip filem ini, adakalanya tercampur dengan bahasa moden kita hari ini, mungkin itu adalah lawak semata-mata yang nak ditonjolkan, tapi sememangnya, korang mesti korek telinga sebelum menonton filem ini, sebab skripnya memang lawak terutama apabila watak Rosyam Noor dan Seorang lelaki india berlangsung... dan untuk pelajar-pelajar tu, filem ni memang banyak sangat peribahasa yang digunakan seperti "sarang lain boleh di jolok, sarang tebuan jangan dijolok" , "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga" dan "barang seinci takkan boleh jadi 7 inci" hahaha..... ada yang peribahasa diorang main tibai ja,,,lawak-lawak....

so...korang sekarang boleh lah berkira-kira nak tengok filem ni kat panggung atau tak, nak beli cd ori atau cetak rompak.... tapi deen galakkan korang tengoklah kat panggung sebab feel dia tu..wah..memang seronok ditambah dengan sound effect memang seakan-akan filem lama macam tengok filem P.Ramlee.....dan nak tau, masa kuar dari panggung, deen masih lagi gelak, sbb filem Mamat Khalid ni memang gila!! sewel kita di buatnya~

Thursday

Jom Bowling!!!

Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga tahun baru ini, kita beroleh lebih kejayaan, rezeki, dan keberkatan di dunia ini. Dan buat teman-teman bloggers, deen doakan kamu semua berjaya dalam bidang masing-masing....amiin......

Oh ya, sempena Maal Hijrah ni, deen nak kongsikan sebuah zikir, yang dipersembahkan oleh kumpulan nashid deen masa festival nashid tahun 2007 yang lalu, kumpulan deen nama Istiqam Baru, ustaz bagi, so kita terima seadanya, kami dapat tempat ke-4 dari 17 buah kumpulan tau. Walaupun berlatih kurang dari seminggu. Zikir ini hanyalah intro persembahan, nak dengar lagunya, klik sini.

Inilah zikir intro kami tu, solonya Awang Syazwan, tapi untuk 2 lagi lagu, deen dan fauzi. Kumpulan kami dapat markah tertinggi untuk solo diantara kumpulan tu..hehe..
so, dengarkanlah, orang puji suara harmoni kami untuk intro ni.....



Ok, 1 Muharram adalah cuti umum bagi negara kita, deen memang tak ada projek untuk cuti ni, just internet...tapi sebaik sahaja on9 ym, abang Fazly ajak main bowling.........eh bukan main, berlatih bowling...

Berlatih? ya berlatih, sebab opis kitorang telah diundang untuk menyertai pertandingan bowling dan futsal antara Media di Selangor ni, so kenalah berlatih, kalau tak, macammana nak menang, tapi deen tak tau pun nama deen sebagai wakil opis ni, abg Fazly yang bagitau, tapi cuma simpanan......kenapa simpanan? entah, tak ada pun pemilihan!!! tak aci!! so jom lah tengok bakat deen main bowling, cukup sekadar simpanan atau pemain utama...haha..pertama kali lawan abg Fazly main bowling...hehe,,abg Fazly gak yang belanja ni, deen dah pokai......haha

Oh ya, turut serta adalah sorang lagi member deen iaitu Yanie, dia pun tersenarai mewakili opis kita untuk competition tu. Kitorang main 2 game dan dapat lane ujung sekali no.1~
Yanie bawak adik and mak dia sekali, so tak bosan lah....kecoh lah jadinya dengan gelak tawa...best!! shadowx19 a.k.a acul, rugi ko tak join...hehehe..


[nilah wajah-wajah bakal pemain bowling kebangsaaan,,,hehehe,,aku boleh lagi, muda..haha]

Dan, bermulalah, barisan peserta terdiri daripada Abg Fazly yang mewakili negeri KEDAH, Deennasour yang mewakili SARAWAK, YANIE dan adiknya DIANI mewakili PERAK..
haha.......pusingan pertama, permulaannya, keempat-empat peserta begitu memberi saingan dengan strike dan spare....tetapi lama kelamaan deennasour berjaya menunjukkan taringnya..
bahawa dia bukan hanya boleh diletakkan sebagai pemain simpanan untuk competition itu nanti..

[dari kiri, deennasour, yanie dan abg fazly]

Berikut adalah keputusan game yang pertama:

Abg Fazly : 164
Deennasour : 189 [amacam??]
Yanie : 134
Diani : 74

Haha,,yes yes,,deen menang utk game yang pertama...
dan bermulalah game yang kedua, kesemua peserta macam dah sejuk, masing2 teruk ah beb..
strike tak dapat2...spare je yang dapat..tidak!!
dan semua merosot jumlah jatuhan spi walaupun bermacam-macam gaya dikeluarkan termasuk lah kuak kupu-kupu, lari dalam guni dan lompat bergalah, tetapi masih teruk lah balingan kitorang, dan keputusan nya.....

Abg Fazly :145
Deennasour : 122 [aduh, terukz]
Yanie : 83 [keh keh keh]
Diani : 100

Dan begitulah hebatnya pemain-pemain bowling negara ini, dalam usaha menempatkan diri dalam sukan olimpik di Beijing tahun ini..[ perasan]
Aktiviti hari ni diakhiri dengan makan-makan di Food Juction..dah abis dah.........
Oh ya, filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid [rock, man laksa & zombie kpg pisang] dan pun ditayangkan hari ni, so seranglah pawagam berhampiran anda....]


[inilah yanie, adik dan emaknya yang sporting join anak main bowling]

p/s : so buat korang yang kata aku kerek, heh, mana ada, aku leh je dengan sapa2 kuar atau join aku kuar, aku tak pilih kawan lah~
meh meh meh...asalkan korang tak kerek leh le join aku yang tak hensem, dan tak pandai sal blog ni....tata..

coming jalan-jalan~ nengok wayang, hari pertama filem CUCI, 24 Januari 2008, insyaallah

Wednesday

anak Halal

Yosh!! Akhirnya selepas 3 -4 kali plan aku nak tengok Anak Halal hasil buah tangan Othman Ali ni dibatalkan,,,akhirnya semalam bersamaan 8 Januari 2008 aku dapat juga pergi tengok..
Bersama-sama deennasour pergi ada 3 orang member, Diani,Zul dan Suria...... kitorang pergi lepas waktu pejabat dan terus beli tiket...

WAH!!! begitu lengang kaunter tiket masa tu,,macam tak percaya aku, hari tu bukan main ramai lagi semasa aku pergi menonton Enchanted yang aku tulis di entri yang lepas.....
cuma aku lupa nak tangkap gambar kelengangan itu..hehe..
Tayangan pukul 7.15 petang dan sebelum tu, kita makanlah dulu di Mc D....
oh ya, kali ni, tak ada orang sponse,masing-masing duit sendiri,,almaklum,,tengah bulan,,patut lah lengang~

Ok tanpa buang masa, review aku..
Mesej, latar masyarakat dan sewaktu dengan nya sememangnya mantap, iaitu kisah-kisah hidup muda-mudi dan latar kehidupan masyarakat yang hidup di setinggan dan rumah flat.
Pelakon, korang sedia maklum, memang pelakon pun tidak kurang hebatnya, kesemuanya aku boleh katakan memberi komitmen dan penghayatan yang baik, masing-masing dapat menjiwai watak masing-masing...untuk lakonan diorang aku bagi 5 bintang,,,,memang baik!

Tetapi, aku rasakan plot cerita dan olahan cerita agak tak teratur,,itu pandangan aku, aku bukanlah pro pun, tapi itulah, seperti ada yang tak logik, dn ada yang pelik semasa perjalanan plot cerita tu, tak berapa tersusun, so bagi aku, pengarah tak begitu sensitif....aku tak tau nak cakap macam mana, sesiapa yang dah tengok tu tahulah....

Dan tengok pula pada suntingannya, mungkin kalau korang tengok sebagai penontong biasa, korang tak perasan, tapi oleh kerana bab ni aku dah tau dan belajar, so aku nampaklah kekurangannya. Aku boleh katakan filem ini agak kasar suntingannya. Dan ada sesetengah babak mempunyai jump cut. Tapi aku terfikir, masakan penyunting ini terlalu alpa dalam bab-bab jump cut ni? Contoh; satu babak Farid Kamil dan Maya Karin berada di dalam rumah flat, tiba-tiba terus jump ke babak seterusnya kawan-kawan Farid Kamil berada di port lepak diorang, so disini nampak seperti lokasi Farid dan Kawannya sama,,sedangkan lokasi mereka berbeza,......tak tau lah korang faham tak apa aku tulis ni,,,aku pun bukan lah seorang editor yang pro, tetapi aku nampak kelemahan itu.....

Erm,tapi mungkin filem ini jump cut disebabkan ada babak2 yang dipotong oleh lembaga penapisan filem tetapi jika ada babak yang dipotong, kenapa babak Bonda Farid Kamil menyebut PUKIMAK tidak dipotong? konpius aku.....

Tak apa, kita tengok skrip pula, fuh, segangster-ganster dan seliar-liar kumpulan Farid Kamil ni, boleh juga berbahasa jiwang..haha.
Dan korang janganlah terkejut kalau tengok filem ni, selamba kodok je pelakon dia sebut SIAL, CELAKA, PUKIMAK, HARAM JADAH dan banyak lagi. Aku rasa tak perlu selancang itu skrip yang ditulis bagi menunjukkan betapa realnya filem ini.....
Kalau kita tengok filem KL Menjerit, tak ada pun mengeluarkan perkataan kesat dengan kadar selalu.... begitu juga dengan Remp-it...... tak perlu lah menggunakan perkataan kesat seperti itu
bagi aku, ada lagi perkataan lain yang boleh menggantikannya....
contoh skrip filem KL menjerit yang tak lah kesat tetapi ada kualiti lah....
"champion, ambik moto cabuk kau tu, kejar aku tengok"
pun dah melambangkan watak seorang mat rempit.... tak payah lah keluarkan skrip seperti,
"hoi setan, ambik moto celaka ko tu, kejar lah aku, barua!!! " [contoh aku buat sendiri]

setuju tak dengan aku??

Erm, itu yang aku tak suka, yang aku suka, angle shot filem ni, cantik.....
rekaan set penggambaran pun memang sesuai sangat-sangat.....sememangnya kena dengan situasi sebenar........

so...itulah dia Filem Anak Halal....
nak tahu filem Othman Ali seterusnya?
kalau tak silap Aquarium Cinta...
dan kaalu korang nak tau, filem Othman Ali sebelum ini ialah Puaka Tebing Biru........




[1.deennassour 2. zul 3.diani 4. suriya]

Monday

Biodata Iblis~

Semasa aku mula menyiapkan entri ini, aku sebenarnya tengah makan nasi goreng ayam..

cuba korang bayangkan, korang sedang kelaparan, dan ada nasi goreng ayam, wah, sungguh menyelerakan dengan desakan nafsu apatah lagi syaitan laknatullah~

Itulah penangan syaitan iaitu anak buah Iblis Laknatullah, menyebabkan kita mudah ternoda.
Semalam aku membuka peti email aku, dan tertarik dengan satu email yang bertajuk Biodata Iblis yang dihantar oleh kakak aku yang no.6 [aku ada 6 orang kakak] iaitu Kak Mas...lalu aku tertarik untuk berkongsi bersama korang semua sempena dengan Maal Hijrah yang akan berkunjung tiba, maka dapatlah kita jadikan renungan dan peringatan insyaallah...


Pengenalan diri Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Cita-Cita Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Pengalaman & Kenangan Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Saat Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
[maka beringatlah kita kepada Allah nescaya kita akan dijauhkan dari godaan Iblis dan sekutunya]

[dan berpegang teguhlah pada tali Allah, nescaya kita takkan tenggelam]

Sunday

2007 Dalam Kenangan~

Selamat tinggal 2007, dan selamat datang 2008, aku rasa aku antara blogger yang paling lambat mengeluarkan entri untuk mengenang kisah 2007 dan membuka lembaran 2008.....
Oh ya, mungkin ramai yang masih tidak mengenali diri ini.....my name is deennasour...haha..carilah sendiri nama betul aku ye....

Ramai yang tak tahu, aku memulakan lembaran 2007 sebagai seorang pelajar yang bakal cemerlang di dalam sijil peperiksaaam tinggi Malaysia [stpm] dan juga sebagai seorang ketua tingkatan yang begitu berdedikasi dan menyayangi anak-anak buahnya [tak percaya tanya kawan sekelas aku]


[dari kiri, beth, fauzi, marvin, sara, deennasour dan awang syazwan]

Mungkin sudah ditakdirkan, aku tidak berjaya masuk ke mana IPTA dan akhirnya berjaya mendapat kerjaya yang begitu menarik sekali, berkaitan penyiaran dan penerbitan.
Setelah berjaya lulus dalam 3 ujian yang dibuat, aku akhirnya mendapat kerja sebagai ehem ehem [sapa-sapa yang penah baca entri sebelum ini, tau lah] di salah sebuah sektor kerajaan..
dan diwaktu itu aku dilemma..dengan harapan Pengetua sekolah dan harapan ayah bonda yang inginkan aku terus bekerja. Akhirnya setelah meminta petunjuk daripada-Nya, aku ke Kuala Lumpur untuk melapor diri dan aku sekarang ialah seorang pekerja dan pelajar STPM kerana aku masih menduduki STPM.....

Ramai yang aku kenali setelah berada di KL ni, antaranya Zul, Kak Huda, Zuri, Yani, Kak Ina, Suriya, Sariman dan ramai lagi...semua tu yang sama masuk dengan aku, so kami rapat seperi cpu dan monitor.......


[antara geng baru yang aku kenali di opisku]

Hidup sebagai seorang yang bekerjaya dan pelajar memaksa aku bijak mencaturi masa, antara belajar dan bekerja, dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.....
Tahun 2007 juga membawa aku ke sebuah dunia imaginasi, konfrantasi dan propaganda iaitu internet......... aku tidak berapa ingat bila aku memulakan blog ini, seingat aku dulu aku menggunakan domain pasar-seni.blogspot dan kemudian barulah bertukar menjadi deennasour.blogspot.......... sememangnya untuk menjadikan blog aku ni menjadi bacaan ramai sukarnya tidak terkata sehinggalah aku mengenali insan-insan ini;
1.vangardx
2.syuxx
3.elliv
4.ezoodeen
5.khai

Selepas mengenali insan ini barulah aku celik sedikit mengenai dunia maya ini...thanks ek!!!
Dan tahun ini aku juga mengenali insan-insan lain menerusi friendster seperti Afzal, Razie,HBC Rul,Draven, Munetz, Ketzo, Akmal, Syawal,Ewan,Faris, Iezah, Ieqa dan ramai lagi tak tersebut di sini,,,paling penting PEMBURU..
yang pernah aku ceritakan di dalam entri yang lepas.

Aku juga mula cenderung kepada dunia fotografi dan semakin banyaklah cabang seni yang aku minati selain performance art langsung aku, afzal dan razie membuka sebuah ARTgroup bernama FEF fourth era fabulous~
Minat aku terhadap dunia internet dan fotografi membuatkan hati ini melonjak-lonjak untuk mendapatkan sebuah laptop dan kamera dan alhamdulillah, ibu yang disayangi Hjh Masni binti Antali dengan murah hati membelikan aku sebuah notebook Lenovo Y400 IBM.....dan aku menggunakan duit sendiri untuk membeli kamera digital compact samsung.....


[kamera, mp3 dan notebook]

Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini agak istimewa, pertama kali aku berpuasa jauh dari keluarga, bersahur sorang-sorang dan berbuka sorang-sorang.....adoh,,sedih siot!!
Tetapi paling menyeronokkan apabila kepulangan kita dinanti oleh seisi keluarga..wah,,terharu~
Yang sedihnya kucing aku hilang!!!!! Ingatkan nak balik jumpa kucing kesayangan aku, aku dah bayangkan aku keluar kereta dia laju je lari pergi kat aku,,mintak diusap2,,,,,wah,,sapa ntah yang curi!!!


[raya pertama, ayahku, deennasour, ibuku dan damia mirza-anak buah kesayangan]

[raya keberapa tak ingat dari kiri; deennasour,azfar,faris, dan ahmad firdaus]

Erm dan pada tahun ini jugalah aku tahu betapa perit,seksa dan penatnya mengacau dodol~aduh tangan rasa nak tercabut....Semua berlaku semasa aku mengikuti kursus orientasi pegawai persekutuan Sabah dan Sarawak di Melaka......Kalau ada lagi acara mengacau dodol, fuh, aku adalah orang pertama yang mengundur diri....

Tetapi yang seronoknya, aku dan seorang kawanku Kadri telah mendapat sebuah keluarga angkat!!!
Ayah Adam, seorang musician mempunyai band dan studio sendiri, Mak Engku, keturunan sultan Pahang seorang guru kanan, Abg Andy seorang pemuzik dan rockers, adik Fandy yang pandai main piano.....

Wah, sememangnya banyak yang aku belajar dan tahu serta tempuhi pada tahun 2007 yang lalu, berat rasanya nak meninggalkan umur 19 ini, pada umur ini aku merasai segalanya, pelajar,pekerja, remaja, hidup membujang, kekasih orang, dan lain-lain lagi........


[fuh penat seh nak kacau dodol]

[family angkat yang dikasihi dari kiri; mak ngku, fandy, kadri dan ayah adam]

oh ya,,aku pun dah tukar blog aku,,tak lah banyak sikit jerk, warna hitam dah tukar ke warna putih, dan header pun tukar,,tagline blog dah tukar dah,,hehe,,komen le ye~




















Saturday

Ambang New Year 2008!!!

Yosh!!!
Dah pun tahun baru,,haha,,lambar betul aku membuat entri untuk new year ni,,hehe,,ramai yang tanya aku sambut tahun baru kat mana, antaranya member dalam friendster, opismate aku, exgirlfriend aku [sibuk je pompuan tu] dan juga kakak-kakak aku sebab mak aku tanya..
Kebanyakan diorang ingat aku bersuka-ria sambil angguk-angguk kepala di KLCC,Dataran Merdeka atau pun di Stadium Shah Alam untuk menyaksikan konsert....tetapi diorang salah..hahaha....


Aku malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata nak tengok artis menyanyi secara livee atau pun nak merasakan feel ambang tahun baru...argh, persetankan semua itu, bukankah itu antara caband maksiat...hahahah [ceramah jap]
Dan keburukannya acara seperti itu, akan berlaku pergaduhan, contoh, malam itu di bukit bintang seorang remaja berumur 21 tahun telah mati setelah ditikam dengan benda tajam menembusi jantungnya.....oleh itu, beringatlah [ceramah lagi..hehehe]


Nak tau aku kat mana malam itu?
Sebaik sahaja blah dari Eye On Malaysia kitorang pergi Bangi menuju ke rumah Hisyam.....kitorang dah atur program BBQ...ramai juga yang join. Erm dalam 10 orang lah
yang join, gempak juga apartment tu kitorang gegarkan.....hahaha..seronok siot..
Yang hadir, Hisyam dan Wan [empunya rumah], deennasour, chang, sam, jeff, mel, wawa, siti dan nana......kebanyakan dari Putrajaya dan Sam jerk duduk jauh iaitu di Pahang sanggup datang sini..yeah, you are rock!!



[ the making of......dari kiri mel dgn kentang goreng, chang dengan ayam dan nana dgn mee]


Antara yang menjadi sajian pada tengah malam itu ialah, kek lapis Sarawak, Bihun goreng, Mee goreng, Kentang goreng, Ayam Panggang, dan adalah lagi tu, pencuci mulut semua....tukang masak mee goreng,bihun dan kentang goreng adalah kaum hawa yang seramai 4 orang, dan lelaki bab-bab yang berkaitan ayam panggang dan yang berkaitan dengannya...ok



[auntara hidangan spesel; dari kiri kek lapis Sarawak, Bihun, buah oren dan ayam panggang hangus, wakakaka]


Tepat pukul 12 tengah malam, sempat juga lah jenguk luar, adalah nampak percikan bunga api, dan menoton astro ria nengok orang buat konsert di KLCC,,erm, dan kitorang memulakan aktiviti dan misi utama iaitu MELANTAK MAKANAN!!!!! yargh!!!

[ini dia antara babak ngeri sepanjang malam itu, p/s aku tak ada dalam gambar..hehehe]

[lepas makan, layan PS2..budak pompuan plak ada program Melodi, gosip panas!!!!
dari kiri; Hisyam, Jeff, Deennasour dan Chang]

[dari kiri, Wan,Nana,Sam,Wawa,Siti,Mel, dan Deennasour..tak ada dalam gambar, Hisyam,Jeff dan Chang]








Thursday

jalan-jalan di eye on Malaysia

Beberapa jam sebelum bermula tarikh keramat 1 Januari 2008, aku, Jeff, Syam a.k.a Chang, Mel dan Sam, telah menyerbu Eye On Malaysia untuk menambahkan lagi kesesakan Tasik Titiwangsa yang sememangnya dikerumuni orang ramai setiap malam sejak kewujudan "mata Malaysia" ni...



Sebenarnya misi utama kami keluar dan berkumpul malam tu nak pergi Bangi rumah encik Hisyam, untuk menyambut Tahun Baru 2008 dan sambil itu BBQ...tapi singgah menyinggah dahulu di Eye On Malaysia ini memandangkan aku,Jeff,Mel dan Chang belum lagi naik mende tuh,,walaupun keempat-empat kami duduk di KL nih,,,,Sam yang duduk di Pahang pula yang dah naik roda terbesar di dunia tuh,,argh,,malu malu......

[muka tengah cuak, tapi still control macho..hehehe]


Sampai jerk kitorang, masa tu orang tak ramai, tapi bila kitorang dah nak naik, sempat aku toleh ke belakang,,fulamak!! ramai nyer orang,,nasib baik sampai awal dowh~

Fuh, mula-mula memang hati belah bagi ler nak naik, Mel dah memang takut dah, Chang pun dah bergetar jer lutut, aku cool campur gelabah,,apa perasaan tu ek?

hehe,, Jeff plak diam jerk,,takut gak le tuh,,manakala Sam dah tak tau berita, mungkin tengah berenang di Tasik Titiwangsa,,hehehe,,[jgn marah Sam]..Tiba masa kitorang naik,,haha,,bersama-sama 2 orang cina.....tapi masing-masing buat hal sendiri, bergambar dan bergambar....dah tak ingat dah Sam yang tertinggal di bawah...cuma Mel yang begitu takut sekali...hahaha nak tengok bawah pun takut tuh,,hehe..[jangan marah Mel]



Ini sedikit info mengenai Eye On Malaysia:

Bayaran Naik : RM15.00/seorang
RM8.00/kanak-kanak

Pusingan : 4 pusingan

[kalau korang tak nak 4 pusingan nak 1 atau 2 jerk,,korang boleh bukak pintu dan terjun, tapi aku tak bertanggungjawab atas apa2 kesan negatif]

Waktu Operasi : 10pagi-11mlm Ahad-Khamis,
10pagi-12tghmlm Jumaat, Sabtu dan sebelum cuti umum

[kalau nak pergi masa tidak beroperasi pun boleh, tapi pusingan roda tu dibuat secara manual, korang terpaksa pusing sendiri,,sukati hatilah macammana korang adjust]



[orang punya lah ramai beratur,,barisan agak-agak 50 meter tuh..]



[Sam yang tengah posing sorang-sorang]

[Deennasour-baju merah, Chang-baju biru, Jeff-baj hitam dan Mel satu-satunya perempuan]










Wednesday

Misteri~ Mengkuang Berdarah

Apa!! Mengkuang berdarah?
Ya!! ini bukan cubaan, ini betul-betul,,iyaa,,mengkuang berdarah....
Semuanya bermula di sini.....
Tepat pukul 12 tengah....tengah.....hari.....aku, wawa dan adli menuju ke pudu untuk menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang kakitangan tempatku bekerja....


[Adli, Wawa dan Deennasour]

Oleh kerana tahap kebosanan yang melampau telah melanda kami bertiga, Wawa selaku ketua rombongan trio ini telah mencadangkan kami untuk lepak-lepak di rumah saudaranya [ek eleh, tak gempak kan idea dia] hehehehe....tapi oklah juga daripada lepak sorang-sorang di rumah..
Tetapi apakan daya, saudaranya telah pun keluar ke Mid Valley...lalu kami pun pergi jugalah join sekaki saudara Wawa tu "window shoping"......haha..


[antara gambar yang ku ambil ketika dalam kesesakan ke Mid Valley]

Tiba-tiba....sesuatu yang tidak diduga telah berlaku, saudara Wawa telah mengajak kami ke satu tempat yang benar-benar membuat hatiku teruja iaitu untuk menyaksikan persembahan teater....yeeepee!!! sudah lama aku mengidam nak tengok teater di KL ni, cuma keadaan tidak mengizinkan aku pergi kerana aku tak ada transport. So, dah ada kesempatan ni, aku adalah orang yang setuju 100% idea untuk menyaksikan teater..

Yang seronoknya, teater ni berkisar tentang alam misteri atau lebih dikenali sebagai cerita hantu oleh budak-budak kecik~ teater tersebut bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur berhampiran dengan stesen LRT Pasar Seni.....teater ini dipersembahkan oleh kumpulan teater PENJURU ALAM
Yang paling menyeronokkan adalah MASUK PERCUMA....hahaha....tetapi hanya untuk dua malam, iaitu 28-29 Disember 2007 sahaja.....

Aku ceritakan sedikit sinopsis teater ini yang mengisahkan tentang Leha seorang remaja perempuan yang telah terlanjur bersama kekasih hatinya lalu mengandung. Oleh sebab itu, dia telah dihalau oleh ibunya [padan muka...layaklah tu] Dalam tangisan yang hiba, Leha bertemu dengan kekasih hatinya akan tetapi kekasih hatinya itu tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayi dalam kandungan Leha [dasar lelaki buaya darat..memanglah] Tetapi, dia mencadangkan Leha menggugurkan kandungannya, dalam sedu-sedan dan keperitan, Leha bersetuju.

Mak Hitam, seorang bomoh jahat ala-ala bomoh dalam cerita Sleeping Beauty, mahupun Enchanted, adalah bomoh atau dukun yang mempunyai kemahiran untuk menggugurkan kandungan dengan menggunakan ilmu hitam atau bantuan makhluk ghaib. Leha dan kekasihnya adalah antara pelanggan Mak Itam dan selepas menyediakan pengeras kepada Mak Itam, lalu bermulalah adegan-adegan menjerit, menangis dan memekik melolong Leha kerana menanggung kesakitan. Tanpa mereka sedari Mak Itam mempunyai helah tersendiri bagi yang berkait dengan ilmu hitam yang dituntutnya.

Selepas proses menggugurkan anak dalam kandungan selesai, Leha dipimpin oleh kekasihnya pulang. Akan tetapi dalam perjalanan pulang, Leha pengsan dan meracau-racau seperti dirasuk oleh mambang [hantu setan ler].......Lalu kekasihnya membawa Leha pulang ke rumahnya dan meminta bantuan Pawang yan berpakaian seperti Tok Imam daaaa...
Dan bermulalah adegan seperti di dalam filem Jangan Pandang Belakang dimana adegan ini, Pawang telah sedaya upaya mengeluarkan kuasa ilmua hitam yang telah merasuk Leha. Ini antara babak-babak yang begitu mendebarkan dengan bunyi guruh, kilat dan suara Mak Itam yang berteriak membaca mentera dan suara Pawang membaca ayat suci Al-Quran..
Akhirnya, dengan izin Tuhan, ilmu hitam itu berjaya ditewaskan dan Mak Itam mati dengan mata yang terbeliak......

Apa yang menarik dalam teater ini adalah, effect muziknya yang begitu realistik, pelakon yang memberi komitmen yang tinggi terutama sekali watak Mak Itam dan Leha yang begitu bertenaga sekali.....tak rugi tengok..........!!!!!!

[set pentas, kelihatan di sebelah kiri adalah rumah Mak Itam dan sebelah penjuru kanan adalah rumah Leha yang hanya diperbentangkan tikar mengkuang]

[barisan pelakon yang menjayakan teater Mengkuang Berdarah]

[deennasour bersama dengan pendukung utama teater ini iaitu Mak Itam]