AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Monday

Dia Berbeza-A.Samad Said

Malam yang sepi kadang-kadang menyebabkan aku terlalu bosan.

Aku meneliti buku yang pernah aku baca,tatap,peluk,cium,tikam, dan bermacam-macam lagi,,,
Ada buku yang memang syok di baca, dan ada yang sakit hati sangat, sebab bosan giler!!
Entah mengapa aku tergerak untuk ke beg yang menjadi tempat aku menyimpan segala macam
jenis buku dan mengambil buku yang bertajuk "Lantai T. Pinkie"

Aku membelinya ketika di KL Sentral sebelum terbang ke Sarawak untuk di baca di sepanjang perjalanan ke Sarawak. Ada 3 sebab mengapa aku membelinya.

1. Aku minat A.Samad Said
2. Aku tak dapat tengok pementasan teaternya kerana masih di Miri pada ketika itu.
3. Aku minat cover bukunya, Nasha Aziz [pelakon kegemaran aku]

Aku memang menyukai buku-buku drama, dan aku masih ingat lagi, antara drama yang aku suka baca adalah tulisan Usman Awang seperti Degup Jantungnya [kalau aku tak silap]
dan Lantai T.Pinkie adalah buku drama A.Samad Said yang pertama aku beli.

Aku tak tahu bagaimana ingin menceritakan perihal buku ini. Kalau sudah menjadi hasil karya Sasterawan negara, maka hasilnya tidak pernah mengecewakan.
So, sesiapa yang belum baca,sila baca memandangkan buku ini sudah lama wujud.

Malu plak bila aku baru sahaja mengetengahkan drama ini.
Tapi tujuan aku menulis post ini adalah untuk memaparkan gambar yang telah aku tangkap bersama buku Lantai T. Pinkie serta gambar penulisnya. aku gabungkan kesemuanya.
Lihatlah hasilnya.......
[Drama Nostalgia Lantai T.Pinkie]

[A.Samad Said Sasterawan Negara penulis drama Lantai T.Pinkie]

[inilah dia gambar yang paling aku suka, puas hati dengan hasil editing aku]













Thursday

jalan-jalan di KLCC

hoho~
sebaik sahaja gaji bulan 11 keluar, aku terus ke maxis centre KLCC untuk membayar bil internet aku.
kira-kira jak 12 tgh hari, aku sampai dan terus menuju ke destinasi.

melihat kehangatan di luar,
semangatku untuk mengambil gambar kian membakar tambahan pula tiada siapa dapat mengganggu kerana aku pergi berseorangan.
kawan-kawan lain kerja,,,aku cuti kerana menduduki stpm pada paginya.
dan bermulalah penjelajahan dan mata dan tangan ku ligat dan liar memerhati seni fotografi yang boleh aku dan inilah antara hasilnya..........


[aku berada betul-betul di bawah twin tower dan shot ini agak menarik dengan sengaja disengetkan]


[menarik! aku berjaya menangkap tiga bangunan dalam satu frame, bangunan yang menghiasi sekitar Kuala Lumpur]
[ diambil ketika sedang berteduh kepanasan, dan tiba-tiba aku terlihat sesuatu yang indah dan inilah hasilnya]
[angle dari sebelah kanan twin tower dan aku berjaya menangkap hampir keseluruhan menara ini]
[shot ciptaan Illahi digandingkan dengan shot ciptaan manusia. wow!]

[pelancong turut tidak ketinggalan merasai kehebatan KLCC]