AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Monday

Dia Berbeza-A.Samad Said

Malam yang sepi kadang-kadang menyebabkan aku terlalu bosan.

Aku meneliti buku yang pernah aku baca,tatap,peluk,cium,tikam, dan bermacam-macam lagi,,,
Ada buku yang memang syok di baca, dan ada yang sakit hati sangat, sebab bosan giler!!
Entah mengapa aku tergerak untuk ke beg yang menjadi tempat aku menyimpan segala macam
jenis buku dan mengambil buku yang bertajuk "Lantai T. Pinkie"

Aku membelinya ketika di KL Sentral sebelum terbang ke Sarawak untuk di baca di sepanjang perjalanan ke Sarawak. Ada 3 sebab mengapa aku membelinya.

1. Aku minat A.Samad Said
2. Aku tak dapat tengok pementasan teaternya kerana masih di Miri pada ketika itu.
3. Aku minat cover bukunya, Nasha Aziz [pelakon kegemaran aku]

Aku memang menyukai buku-buku drama, dan aku masih ingat lagi, antara drama yang aku suka baca adalah tulisan Usman Awang seperti Degup Jantungnya [kalau aku tak silap]
dan Lantai T.Pinkie adalah buku drama A.Samad Said yang pertama aku beli.

Aku tak tahu bagaimana ingin menceritakan perihal buku ini. Kalau sudah menjadi hasil karya Sasterawan negara, maka hasilnya tidak pernah mengecewakan.
So, sesiapa yang belum baca,sila baca memandangkan buku ini sudah lama wujud.

Malu plak bila aku baru sahaja mengetengahkan drama ini.
Tapi tujuan aku menulis post ini adalah untuk memaparkan gambar yang telah aku tangkap bersama buku Lantai T. Pinkie serta gambar penulisnya. aku gabungkan kesemuanya.
Lihatlah hasilnya.......
[Drama Nostalgia Lantai T.Pinkie]

[A.Samad Said Sasterawan Negara penulis drama Lantai T.Pinkie]

[inilah dia gambar yang paling aku suka, puas hati dengan hasil editing aku]