AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Wednesday

Misteri~ Mengkuang Berdarah

Apa!! Mengkuang berdarah?
Ya!! ini bukan cubaan, ini betul-betul,,iyaa,,mengkuang berdarah....
Semuanya bermula di sini.....
Tepat pukul 12 tengah....tengah.....hari.....aku, wawa dan adli menuju ke pudu untuk menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang kakitangan tempatku bekerja....


[Adli, Wawa dan Deennasour]

Oleh kerana tahap kebosanan yang melampau telah melanda kami bertiga, Wawa selaku ketua rombongan trio ini telah mencadangkan kami untuk lepak-lepak di rumah saudaranya [ek eleh, tak gempak kan idea dia] hehehehe....tapi oklah juga daripada lepak sorang-sorang di rumah..
Tetapi apakan daya, saudaranya telah pun keluar ke Mid Valley...lalu kami pun pergi jugalah join sekaki saudara Wawa tu "window shoping"......haha..


[antara gambar yang ku ambil ketika dalam kesesakan ke Mid Valley]

Tiba-tiba....sesuatu yang tidak diduga telah berlaku, saudara Wawa telah mengajak kami ke satu tempat yang benar-benar membuat hatiku teruja iaitu untuk menyaksikan persembahan teater....yeeepee!!! sudah lama aku mengidam nak tengok teater di KL ni, cuma keadaan tidak mengizinkan aku pergi kerana aku tak ada transport. So, dah ada kesempatan ni, aku adalah orang yang setuju 100% idea untuk menyaksikan teater..

Yang seronoknya, teater ni berkisar tentang alam misteri atau lebih dikenali sebagai cerita hantu oleh budak-budak kecik~ teater tersebut bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur berhampiran dengan stesen LRT Pasar Seni.....teater ini dipersembahkan oleh kumpulan teater PENJURU ALAM
Yang paling menyeronokkan adalah MASUK PERCUMA....hahaha....tetapi hanya untuk dua malam, iaitu 28-29 Disember 2007 sahaja.....

Aku ceritakan sedikit sinopsis teater ini yang mengisahkan tentang Leha seorang remaja perempuan yang telah terlanjur bersama kekasih hatinya lalu mengandung. Oleh sebab itu, dia telah dihalau oleh ibunya [padan muka...layaklah tu] Dalam tangisan yang hiba, Leha bertemu dengan kekasih hatinya akan tetapi kekasih hatinya itu tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayi dalam kandungan Leha [dasar lelaki buaya darat..memanglah] Tetapi, dia mencadangkan Leha menggugurkan kandungannya, dalam sedu-sedan dan keperitan, Leha bersetuju.

Mak Hitam, seorang bomoh jahat ala-ala bomoh dalam cerita Sleeping Beauty, mahupun Enchanted, adalah bomoh atau dukun yang mempunyai kemahiran untuk menggugurkan kandungan dengan menggunakan ilmu hitam atau bantuan makhluk ghaib. Leha dan kekasihnya adalah antara pelanggan Mak Itam dan selepas menyediakan pengeras kepada Mak Itam, lalu bermulalah adegan-adegan menjerit, menangis dan memekik melolong Leha kerana menanggung kesakitan. Tanpa mereka sedari Mak Itam mempunyai helah tersendiri bagi yang berkait dengan ilmu hitam yang dituntutnya.

Selepas proses menggugurkan anak dalam kandungan selesai, Leha dipimpin oleh kekasihnya pulang. Akan tetapi dalam perjalanan pulang, Leha pengsan dan meracau-racau seperti dirasuk oleh mambang [hantu setan ler].......Lalu kekasihnya membawa Leha pulang ke rumahnya dan meminta bantuan Pawang yan berpakaian seperti Tok Imam daaaa...
Dan bermulalah adegan seperti di dalam filem Jangan Pandang Belakang dimana adegan ini, Pawang telah sedaya upaya mengeluarkan kuasa ilmua hitam yang telah merasuk Leha. Ini antara babak-babak yang begitu mendebarkan dengan bunyi guruh, kilat dan suara Mak Itam yang berteriak membaca mentera dan suara Pawang membaca ayat suci Al-Quran..
Akhirnya, dengan izin Tuhan, ilmu hitam itu berjaya ditewaskan dan Mak Itam mati dengan mata yang terbeliak......

Apa yang menarik dalam teater ini adalah, effect muziknya yang begitu realistik, pelakon yang memberi komitmen yang tinggi terutama sekali watak Mak Itam dan Leha yang begitu bertenaga sekali.....tak rugi tengok..........!!!!!!

[set pentas, kelihatan di sebelah kiri adalah rumah Mak Itam dan sebelah penjuru kanan adalah rumah Leha yang hanya diperbentangkan tikar mengkuang]

[barisan pelakon yang menjayakan teater Mengkuang Berdarah]

[deennasour bersama dengan pendukung utama teater ini iaitu Mak Itam]