AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Friday

jalan-jalan di Shah Alam

huhu,,terima kasih kepada Munetz yang sudi menemani ku berjalan-jalan di Shah Alam ini.

Yeah, pertama kali menjejak kaki ke Shah Alam, aku rasakan seperti berada di Miri,Sarawak.
Tidak banyak beza. Kedua-dua tempat mempunyai pusat membeli-belah yang agak besar dan kawasan pusat bandar yang agak tertumpu pada satu kawasan.

Lokasi persinggahan pertama, kompleks pkns, memandangkan hujan,maka terpaksa berteduh dan bagi memenuhi janji Munetz yang nak belanja aku cendol atau ABC,,,,

Kemudian, kami bergerak ke Plaza Alam Sentral yang juga popular sebagai sri pentas 2 TV3.
di sini, kami terus gerak dan jalan-jalan,pusing-pusing satu bangunan kerana target utama adalah tasik Shah Alam, sebab aku nak ambil seberapa banyak gambar.

Dan ini adalah antara gambar yang sempat ku rakamkan menggunakan kamera digitalku. Tanpa diedit,,original!!!!



[gambar ditepi tasik selepas hujan]


[antara pokok yang unik,terbelah dua]

[Munetz possing di tepi tasik]


[bunga tahi ayam menghiasi pintu masuk tasik Shah Alam]