AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Wednesday

REVIEW : FILEM SUMO-LAH



sinopsis :


Ramlee (Afdlin Shauki) seorang pemuda Melayu yang sukar mengekalkan pekerjaannya, lalu menyebabkan kekecewaan ibunya (Kartina Aziz). Pada suatu hari, Ramlee yang menganggur dan kesempitan wang ini bertembung dengan cabaran yang dikeluarkan oleh seorang pemilik kedai sushi bernama Honda (Patrick Teoh) untuk “makan seberapa banyak yang mampu – dalam had masa yang ditentukan”. Dengan perut lapar dan hati terdesak, Ramlee cuba mengharungi cabaran ini, lalu gagal. Sebagai sagu hati, Honda (Patrick Teoh) membenarkan Ramlee bekerja di restorannya untuk melangsaikan hutangnya.
Ramlee menjadi seorang kakitangan kedai Boleh Sushi, dan bertemankan Haris (Awie) dan Andy (Radhi Khalid). Ramlee juga terus tertarik kepada anak gadis Honda yang jelita bernama, Siti (Inthira Charoenpura), yang merupakan kacukan Jepun dan Melayu. Ramlee kemudian mula mempelajari erti mendapat pekerjaan yang bagus, serta sahabat dan keluarga yang baik.
Suatu hari Ramlee menyedari bahawa sebahagian kewajipannya sebagai kakitangan Boleh Sushi adalah untuk menyertai Kejohanan Sumo Amatur Persatuan Sushu Malaysia yang dianjurkan oleh pemilik restoran sushi berbangsa Jepun di Malaysia.


REVIEW AKU pula, hmm,cerita ini tidak sebaik filem afdlin yang lain seperti Buli dan Buli Balik, filem ini sedikit kurang kerana Afdlin lebih banyak memaparkan iklan Osim iaitu kerusi urut.

hmm,,,sedikit sebanyak membosankan,


tetapi,,skrip narator afdlin shauki dalam filem ini sememangnya mencuit hati,,sakit perut ketawa dalam panggung. memang lawak.............."poke............mon punya dragon ball",,antara skrip yg sedikit panas!!!!!


filem sumolah ini begitu berat dengan mesej, iaitu mengenai persahabatan, permusuhan, dan jalinan kekeluargaan, permusuhan tidak bermakna tidak bertegur sapa, dan kejujuran juga antara moral filem ini,,sememangnya, berat dgn mesej,,,syabas afdlin,,,,yeaaaahaaaaa,,,,

[pendapat remaja seperti aku]