AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Friday

jalan-jalan ke Terengganu

hoho,,selepas melawati negeri cik siti wan kembang,Kelantan, kami pergi pula ke negeri penyu bertelur,Terengganu.


wah, hebat dan indah sungguh Terengganu sejak berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
Pembangunan di Terengganu rancak dijalankan, dan perjalanan kami tertarik dengan masjid kristal yang sedang dibina. dibina dengan menggunakan kristal,pastinya cantik. Sayang, kamera handphone ku tidak berupaya untuk menangkap gambar masjid itu,memandangkan kami tidak berhenti di situ kerana target sebenar ialah ke LOSONG,Terengganu, yang terkenal dengan keropok lekor.
Fuh, sememangnya keropok lekor yang panas baru keluar dari kuali begitu sedap ditambah dengan kesegaran ikannya, berbeza sekali ketika memakan keropok lekor di Kuala Lumpur atau pun Miri,Sarawak.



Kemudian, perjalanan diteruskan ke Pasar Payang yang terkenal dengan kain batik dan songket. Sesuai dengan kecantikan kainnya, hargnya pun bolehlah tahan, 3 angka lah,,,,
Pasar Payang berada di pesisir pantai, dan tangan ku juga gatal untuk menangkap gambar.

[gambar di kawasan PASAR PAYANG]

Destinasi terakhir ialah Masjid Terapung. Sememangnya kelihatan terapung. dari jauh, keputihan masjid itu begitu memukau mata di tambah dengan tasik yang mengelilinginya, begitu indah. Dan orang ramai juga tidak berhenti-henti singgah untuk melihat keunikan masjid ini.

[masjid terapung nan indah]