AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Friday

jalan-jalan ke Kelantan

hoho,,,pada 8 dan 9 september 2007 yang lalu,aku dan serombongan warga filem negara telah pergi ke Kelantan dan Terengganu untuk melihat keindahan negeri pantai timur itu,,
erm,antara tempat yang menjadi persinggahan semestinya di RANTAU PANJANG kerana barang-barang di situ murah-murah belaka,,


[gambar ini ketika di RANTAU PANJANG]

Kelantan sememangnya indah dan sedp mata memandang memandangkan keaadaan persekitaran yang masih tidak memeningkan kepala dengan bangunan sana-sini,kenderaan pun agak kurang,,so,,aman tenteram

Antara tempat lain yang menjadi persinggahan ialah di PENGKALAN KUBU. Di sini barangannya bebas cukai, jangan tanya kenapa kerana aku tak tahu. Sayang sekali,aku tidak dapat shopping sakan kerana nak save budget bayar deposit untuk maxis broadband pada masa itu,,,hahaha,,menyesal!!!

[gambar di sempadan Malaysia-Thailand

Seharian pada 8 september diisi dengan lawatan sehingga lewat petang daaa,, kita menginap di hotel Suria berdekatan dengan perhentian bas dan kira pusat bandar. So, banyak juga gambar yang ku ambil memandangkan aku kaki gambar.

[lepak dan makan di A&W,sponser ialah Kak Ina.tq]

Dan malamnya aku,dan kawan-kawan di atas ni meronda-ronda satu bandar Kota Bharu ni,,tak semena-mena,murah pula handphone kat sini. N70 cuma RM700, tak tau ori atau tak,,tengok harga macam tak. hehehe,,,lepas ronda-ronda masuk tidoooooo.......

Pagi 9 september bertolak pagi untuk ke Terengganu, fuhhh,,masing-masing begitu teruja, untuk ke negeri penyu bertelur dan menangis ini. Pagi sebelum berangkat sempat lensa kamera N70 yang dikendalikan poleh ku menangkap beberapa gambar.


[antara gerai-gerai di kaki lima]

[suasana dan ragam warga kota]