AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Tuesday

jalan-jalan di KLCC [edisi spesel]

Loceng pukul 5 petang pun berbunyi!! OOPS! aku lupa aku dah tak bersekolah!
Jam pukul 5 petang, 24 Disember 2007, hujan turun agak lebat tetapi kemudiannya mula teduh. Aku perlu ke KL Central dengan segera kerana ada temujanji dengan seorang rakan friendster yang sudah ku kenali sejak sekian lama dan aku pun sudah menganggapnya sebagai abangku iaitu AWAZ atau nama glamournya di persada friendster iaitu FEF pemburu arnab

Hmm, kebetulan keluarganya bercuti di Semenanjung dan sebelum pulang ke Sarawak singgahlah ke Kuala Lumpur untuk berjumpa aku........
Oleh kerana dari tempat kerja aku terus ke KL Central, so aku menggayakan pakaian yang bertemakan METROSEKSUAL iaitu berkemeja POLO dan berseluar silk,,,,manakala cik abang kita mengenakan pakaian bertemakan KONTEMPORARI berkemeja lengan pangjang,jeans dan bertopi.

Setibanya di KL Central, kami terus ke food court untuk mengisi perut ku yang lapar kerana belum makan tengahhari kerana kantin di opisku tutup,,cuti raya aji tak abis lagi,,almaklum, orang Kelantan....

Selepas mengisis perut yang telah disponsor 100% oleh saudara Awaz a.k.a FEF Pemburu Arnab, aku mencadangkan KLCC untuk menjadi tempat melepak dan bersembang-sembang.
Sampai di KLCC, suasana agak suram mungkin kerana ramai warga kota pada malam krismas ini menENJOYkan diri di kelab-kelab malam......

Tanpa membuang masa,,kami pun mengeluarkan weapon masing-masing iaitu KAMERA untuk merakamkan suasana KLCC pada waktu malam,,,fuh,,cantik siot,,,[padahal dah banyak kali aku pergi] tetapi kali ini lebih seronok sebab kedua-duanya minat fotografi maka bermacam-macamlah idea,konsep,perspektif,gaya,action dan kreativiti yang terkeluar....maka ramai lah mata yang memandang ke arah kami tambahan pula kami turut diiringi pendatang baru dalam DEENNASOUR COMMUNITY iaitu LIL' DEENO~...........siapa itu? aku akan perkenalka dalam entry atau post akan datang tunggu,,,,,,,

Sebaik sahaja selesai berfotografi, berbunyi pula perut abang kite ni, lalu kami bergerak ke dalam KLCC untuk mencari sumber-sumber yang boleh mengisi perut yang kosong. Antara yang menjadi calon ialah, A&W, KFC, MC D, Nando's, dan Secret Recipe, akhirnya kami memilih Secret Recipe untuk dijadikan sajian iaitu KEK CHEESE..... tapi orang lain yang lapar orang lain plak yang dapat makan,,,, Awaz yang lapar, aku plak yang di suruh pilih makanan apa aku ndak,,lalu ku tapau jua KEK CHEESE itu sambil berkata di dalam hati [macam sedap jerk kek ni,,sabar kat rumah aku melantak] Sekali lagi semua tangungan bayaran diuruskan oleh cik abang kita ituu,,,aku tak mintak tau,,orang tu nak belanja....

Jam dah pukul 9.30 mlm, cik abang Awaz a.k.a FEF pemburu arnab kita perlu balik, tapi aku kata TAK BOLEH sebab dia belom makan,,so kami kembali semula ke KL Central untuk memudahkan cik abang kita balik ke hotel dengan menggunakan monorail,,
Tiba di KL Central, aku di suruh makan lagi oleh cik abang nih,,,adoi,,kalau macam ni lah sebulan, naik gemuk badan aku, tapi oklah juga, sebab aku kurus,,hehehe,,
kami makan di Mc Donald memandangkan foo court dah mula tutup, so,,tak ada pilihan...
huh,,penat gila,,,,,,,,time makan digunakan bersembang-sembang kosong jerk,,
dan pertemuan diakhiri kira-kira pukul 10.15 malam.......

Semoga panjang umur kita berjumpa lagi,,,,,,,,

[Lil' Deeno~ yang turut menyertai aktiviti singkat ini,,tak percaye?]

[Awaz a.k.a FEF Pemburu Arnab in action]


[deennasour & pemburu arnab in action, berangan jadi supermodel,,]
[berACTION bersama snowman]
[antara shot menarik yang berjaya diSNAP oleh ku, idea oleh Awaz a.k.a Pemburu Arnab]
[alamak! aku TERskodeng anak dara orang!!! jangan marah cik kak]