AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Thursday

Realiti dan Fantasi

Ehem, semalam bersamaan 26 Dismber 2007, kira-kira pukul 5 lebih, dah abis waktu kerje, aku diajak oleh Suriya Hani seorang soundwoman pertama di tempat kerja aku untuk tengok wayang....mula-mula tu, aku tak nak,,dia ajak aku tengok cerita enchanted, dalam hati aku [cerita apa tuh?] aku lupa tu cerita yang kartun campur manusia tuh...aku rejectlah, walaupun perbelanjaan 100% ditanggung oleh cik Suriya tuh,,

Dan aku slumber kodok je balik sebab dah waktu balik,,apa lagi, dalam perjalanan ke stesen lrt, aku tanya kawan aku, cerita apa Enchanted tuh? laa,,,baru aku tau dan mengACCEPT semula tawaran tadi,,,hehehe,,,muka tak malu!!

Dalam perut yang separuh lapar, kitorang berdua yang seperti tong dram dan kayu hoki [dia agak berisi dan aku agak kurang berisi] menuju ke MID VALLEY MEGA MALL menumpang encik Sariman[nowseeheart] kebetulan dia melintasi kawasan itu,,,setibanya, beli le tiket dan melantak sekejap di Mc Donald [duit aku sendiri,,orang tu belanja tgk wayang je]

Enchanted sebuah movie dongeng le,,fantasi belaka, kisah seorang perempuan yang nak kahwin dengan seorang putera tetapi telah dikhianati dan dicampak ke dunia realiti...bermacam-macam le kisah lawak dan romantik serta sedih yang berlaku, dan ada satu babak tu, memang ayat perempuan tu romantik dan sedih giler!! sampai aku pun nak meleleh,,,,hahaha :D

Tengah-tengah aku nak nengok wayang yang sesuai ditonton dengan awek masing-masing ni, aku menerima satu sms dari SAYANG aku yang berbunyi [sampai di sini sahaja hubungan kita, bye] ALAMAK!!!! dia kat miri, aku kat KL, dia nampak ke aku tengah ada skandal tak rasmi ni??
aduh tengah-tengah tgk cerita romantik yang fantasi ni, tiba-tiba di alam realiti aku menerima sms yang mengejutkan,,,,,AWEK AKU BAGI KATA PERPISAHAN LER........dah bercerai pulak,,
aduh,,,,,aku buat derk je lah,,,sebab dah 5 kali dia kuarkan perkataan perpisahan ni,,dan penah putus dan baik semula,,,so,tulah cerita nya,,,


[inilah tukang sponser dan orang yang disponser...hehe]

[movie yang kitorang tengok,,,romantik dowh movie ni..]
[ramey orang nengok movie, beratur punyalah panjang~]

[antara filem lain yang tengah hot kat panggung~]
[kenangan aidilfitri 2007-aku dan BEKAS awek aku]