Al-Kisah pada hari apa aku tak ingat, kalau tak silap minggu ni juga,
aku naik bas rapid kl, seperti biasa untuk pergi kerja,
Tiba-tiba aku rasa di atas kepala aku macam ada barang jerk semasa melintasi pintu belakang bas tersebut.
aku buat tak tau jerk,
then bila aku duduk, laaaa,,,baru aku nampak, rupa-rupanya ada monitor tv di tengah-tengah
dan di hadapan atas bas..........
wow!!! hebat juga bas rapid kl sekarang!!!!
dah ada monitor tv,so tak lah bosan kalau naik bas, tapi aku buat tak layan dengan monitor tu memandangkan aku lebih gemar melayan lagu di mp3 player ku~ nga~
aku sempat memerhati sedikit monitor tv tuh, ada tulis Asia Media. Ya, mungkin Asia Media lah punya kerja tu,,,haha. Dan pada skrin monitor ada scrolling yang menyatakan program ini adalah percubaan. Adalah juga program macam kartun,
dan iklan yang disiarkan........
Antaranya iklan rasa sayang Malaysia, visit Malaysia 2007, dan program kartunnya pun lawak.
so, memang tak bosan, tapi aku tak tahu adakah pembaharuan ini untuk sementara atau selamanya??
aku cuba untuk mencari maklumat mengenai nya dengan memasuki laman web rapid kl tetapi gagal mendapatkan maklumat. Dan aku cuba untuk mencari di Asia Media, juga gagal,
Erm, tak apa, yang penting, warga kota Kuala Lumpur dah tak bosan apabila naik bas...........
hahahaa,,,
[bas rapid kl]
[monitor tv yang aku maksudkan, satu depan dan satu belakang][skrin tv dia clear jerk,,macam tengok astro]