AHLAN WASAHLAN~ SELAMAT DATANG KE BLOG DEENNASOUR

Saturday

kempen BERSIH!!! baik punya~

Kempen BERSIH!!! ini bukan kempen politik,atau demonstrasi jalanan mahupun penyerahan memorandum kepada Agong tetapi.................................

Pada 18 Disember 2007, tempat aku bekerja sekarang telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan dan mencantikkan lagi tempat kerja kami supaya lebih selesa, cantik dan indah di pandang mata, hampir ke semua staf-staf yang hadir meliputi 4 bahagian iaitu unit penerbitan,pentadbiran,makmal dan kejuruteraan.

Dan seperti biasa unit penerbitan adalah antara yang ramai tetapi yang hadir untuk gotong-royong pandai berkurang, mungkin keluar untuk shooting atau ehem ehem, ku tak tau.
Sebaik sahaja aktiviti dimulakan, aku dan member-member ku dengan pantas dan bersemangatnya mengambil senjata-senjata untuk kempen BERSIH yang aman ini.
Antara senjata-senjata yang digunakan, penyapu lidi, kayu, penyeduk,plastik sampah dan senjata yang paling mustahak sekali ialah KAMERA!!!!!

Lalu dengan semangatnya aku serta member-member ku melangkah gagah melakukan tugaas demi keamanan dan keselesaan persekitaran tugas~

[dari kiri, bersihkan parit, kutip sampah dan sapu jalan, sapu jalan?]

[memberku zuri sedang membersihkan longkang dan bebarapa kumpulan sedang mengutip sampah]
[keseronokkan yang terlampau amat; power rangers]
[muka-muka keletihan,kelaparan dan kehausan]

[ekspresi wajah 1.muka marah 2.muka poyo 3. muka dahaga kasih 4.muka sengal~]